Saturday 17 December 2011

My Moment with Mama & Papa

Adik memang suka bila dapat berjalan-jalan dengan Mama dan Papa. Lebih-lebih lagi bila abang dan kakak tak mau ikut. Adik rasa seronok sangat. Rasa macam adik ni anak tunggal.


Tempohari adik ikut Papa ambil Mama balik dari kerja. Papa bawa kami pergi makan tengahari di Station Kopitiam, Mahkota Parade. Sedapnya.
Papa's lunch
Mama's lunch
My lunch

Friday 14 October 2011

My Berry Delicious 9th Birthday Bash

5 Oktober 2011 yang lalu ialah birthday adik yang ke 9 tahun. Terima kasih pada Mama kerana belikan adik cake ni.

'Strawberry Shortrcake' Strawberry Sponge Cake


Sedapnya cake adik ni. Semua kawan-kawan adik suka.

Terima kasih Papa kerana belikan adik hadiah 'Strawberry Shortcake Market' ni. Adik sayang Papa.

Adik seronok sangat sebab kawan-kawan adik turut raikan birthday adik di rumah.

Wednesday 15 June 2011

Kami Anak Mama

Kami... 3 beradik!

 

Abang ialah anak yang pertama, anak sulung macam Mama juga. Nama abang, Muhammad Syafiq tapi Mama selalu panggil abang 'Boy' aje. Umur abang 17 tahun. Abang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak. Abang suka bawa motor. Tiap-tiap hari abang bawa motor ke sekolah. Abang memang suka usik adik tapi walaupun abang suka usik adikk, adik sayang pada abang.

Kakak pula ialah anak yang kedua, kak Ngah. Nama kakak, Nur Syafiqah Nadhirah dan kakak berumur 13 tahun. Kata Mama, kakak ni pendiam sikit tak macam adik. Kakak belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang. Kakak suka baca buku cerita. Mama memang suka belikan kami buku cerita. Kakak ni minat sangat-sangat pada Justin Bieber hinggakan sanggup tukar warna kegemaran kakak dari hijau ke ungu sebab ungu ialah warna kegemaran Justin Bieber. Adik pun sayang kakak juga.

Adik pula anak Mama yang bongsu. Nama adik ialah Nur Syahirah Nadiah tapi Mama panggil adik 'baby' je. Umur adik 9 tahun dan adik belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.  Macam kakak, adik juga suka baca buku cerita. Mama suka kalau adik baca buku cerita Bahasa Inggeris. Tiap-tiap malam Mama akan suruh adik membaca. Kata Mama kalau adik ingin fasih  dalam Bahasa Inggeris, adik kena banyak membaca buku Bahasa Inggeris. Selain dari membaca, adik juga suka mewarna. Mama selalu belikan adik buku mewarna dan kegemaran adik ialah 'Strawberry Shortcake'. Kadang-kadang bila Mama ada masa lapang, kami akan mewarna bersama. Adik rasa seronok sangat kalau Mamam dapat mewarna dengan adik. Adik sayang Mama.


Friday 20 May 2011

Itsy Bitsy Spider

The itsy bitsy spider
Climbed up the water spout
Down came the rain
And washed the spider out
Out came the sun
And dried up all the rain
And the itsy bitsy spider
Climbed up the spout again

Ini poem kegemaran adik Isya. Setiap kali bila adik nyanyikan poem ni untuk adik Isya, mesti adik Isya suka sangat. Adik Isya akan ketawa (macam gambar yang pertama tu). Comelkan adik Isya? Adik rasa seronok bila adik Isya ada. Adik sayang sangat pada adik Isya.
Adik suka tolong mama jaga adik Isya lebih-lebih lagi bila lepas adik Isya mandi. Adik tolong mama pakaikan bedak, sapukan losyen, sapukan vicks dan sikatkan rambut adik Isya yang halus tu. Kakak 'Baby' sayang sangat adik Isya tau. I love you.

Wednesday 20 April 2011

My New Project

Papa  dan Mama


Hujung minggu yang lalu, adik tak ada pergi ke mana-mana pun. Adik duduk di rumah saja. Apa adik nak buat ni?
Hah! Adik tahu, adik nak buat puppet Papa dan Mama. Inilah hasilnya. Cantikkan?

Tuesday 19 April 2011

My Favourite Chocolate



Nyum2... sedap tau coklat ni. Adik suka sangat makan coklat ni. Coklat ni cuma dijual di office Mama je. Adik selalu minta Mama belikan coklat ni untuk adik. Coklat ni semua uncle KitKat yang buat. Adik paling suka yang ada gula-gula pelangi tu (Mama kata gula-gula M&M palsu). Kalau kawan-kawan nak rasa semua coklat ni, suruhlah Mama tolong belikan. 

Wednesday 13 April 2011

Fun Time

Tempohari mama bawa adik jalan-jalan lagi di AEON Jusco. Mama yang janji nak bawa adik main di playground ni. Mama bawa adik sorang je sebab abang dan kakak tak mahu ikut. Adik suka sangat main kat playground ni. Kalau mama dan papa tak letih, bolehlah bawa adik main-main kat sini selalu.


I am forever Mama's baby!
Sekarang kalau pergi jalan-jalan hujung minggu selalunya adik seorang saja yang ikut. Abang dengan kakak lebih suka tinggal di rumah. Abang selalunya akan pergi ke rumah kawan abang di Taman Terendak Permai dan kakak pula akan main game di laptop mama atau chatting dengan kawan-kawan di Facebook. Adik tentunya seronok.

 



Wednesday 9 March 2011

Little Mermaid

Pada 26 Februari 2011 yang lepas Mama bawa adik, kakak dan abang tidur di Hotel Equatorial Melaka. Adik rasa seronok sangat sebab dah lama Mama dan Papa tak bawa kami bercuti. Papa sibuk sekaranng ni. Papa banyak kerja jadi Mama bawa kami dulu. Kemudian baru Papa datang. Adik memang seronok lebih-lebih lagi bila dapat mandi kolam di sini.


Kalau nak tengok lebih banyak gambar lagi, masuklah ke FB Mama dalam album Waterbabies.

Baby In Boot

Cantik tak boot adik? Mama yang beli, Mama beli boot ni di Mahkota Parade. Adik suka sangat boot adik ni. 

Saturday 5 February 2011

Hot Cooling Afternoon

Hari tu masa Paklang, Maklang dan Aimi balik kampung, kami pergi ke Taman Buaya. Kat Taman Buaya tu ada kolam. Seronok adik, kakak dan Aimi mandi kolam. Paklang pun mandi juga sebab Paklang kena jaga Aimi.

 
"Seronoknya... panas tapi tetap seronokya"

"Sukanya Aimi! Aimi comel dengan pelampung duck tu. Mama kata adik dah besar, tak boleh guna pelampung macam Aimi lagi".
"Quack... quack".

Makan-makan

25 Disember 2010 yang lepas ialah harijadi Papa. Papa bawa adik, mama dan kakak pergi makan di Pizza Hut. Nenek pun ikut sekali cuma seperti biasa abang mesti tak mahu ikut.

Adik memang suka makan di Pizza Hut. Adik paling suka mushroom soup kat situ. Sedapnya. Mama pun selalu juga buatkan adik mushroom soup kat rumah.

Berkarat dah blog adik!!!

Mama kata dah lama adik tak update blog adik ni. Banyak sangat cerita yang adik nak beritahu. Mula-mula biar adik cerita tentang Genting Highland. Papa, mama, abang, kakak dan adik pergi Genting Highland pada 30 Oktober 2010 yang lalu. Seronoknya. Macam-macam permainan yang ada di sana. Adik rasa gembira sangat.

Hari pertama adik sampai di Genting Highland.

"Sejuknya mama tapi adik rasa seronok sangat".

"Susahnya nak masukkan bola pingpong dalam mulut clown ni".

Banyak lagi gambar-gambar adik waktu di sana. Kalau nak tengok masuklah ke facebook mama. Banyak gambar kami yang mama upload di facebook mama. Nanti kalau ada peluang, adik nak ajak papa dan mama bawa adik ke sana lagi. Seronok tau!