Saturday 5 February 2011

Hot Cooling Afternoon

Hari tu masa Paklang, Maklang dan Aimi balik kampung, kami pergi ke Taman Buaya. Kat Taman Buaya tu ada kolam. Seronok adik, kakak dan Aimi mandi kolam. Paklang pun mandi juga sebab Paklang kena jaga Aimi.

 
"Seronoknya... panas tapi tetap seronokya"

"Sukanya Aimi! Aimi comel dengan pelampung duck tu. Mama kata adik dah besar, tak boleh guna pelampung macam Aimi lagi".
"Quack... quack".

Makan-makan

25 Disember 2010 yang lepas ialah harijadi Papa. Papa bawa adik, mama dan kakak pergi makan di Pizza Hut. Nenek pun ikut sekali cuma seperti biasa abang mesti tak mahu ikut.

Adik memang suka makan di Pizza Hut. Adik paling suka mushroom soup kat situ. Sedapnya. Mama pun selalu juga buatkan adik mushroom soup kat rumah.

Berkarat dah blog adik!!!

Mama kata dah lama adik tak update blog adik ni. Banyak sangat cerita yang adik nak beritahu. Mula-mula biar adik cerita tentang Genting Highland. Papa, mama, abang, kakak dan adik pergi Genting Highland pada 30 Oktober 2010 yang lalu. Seronoknya. Macam-macam permainan yang ada di sana. Adik rasa gembira sangat.

Hari pertama adik sampai di Genting Highland.

"Sejuknya mama tapi adik rasa seronok sangat".

"Susahnya nak masukkan bola pingpong dalam mulut clown ni".

Banyak lagi gambar-gambar adik waktu di sana. Kalau nak tengok masuklah ke facebook mama. Banyak gambar kami yang mama upload di facebook mama. Nanti kalau ada peluang, adik nak ajak papa dan mama bawa adik ke sana lagi. Seronok tau!