Wednesday 20 April 2011

My New Project

Papa  dan Mama


Hujung minggu yang lalu, adik tak ada pergi ke mana-mana pun. Adik duduk di rumah saja. Apa adik nak buat ni?
Hah! Adik tahu, adik nak buat puppet Papa dan Mama. Inilah hasilnya. Cantikkan?

Tuesday 19 April 2011

My Favourite Chocolate



Nyum2... sedap tau coklat ni. Adik suka sangat makan coklat ni. Coklat ni cuma dijual di office Mama je. Adik selalu minta Mama belikan coklat ni untuk adik. Coklat ni semua uncle KitKat yang buat. Adik paling suka yang ada gula-gula pelangi tu (Mama kata gula-gula M&M palsu). Kalau kawan-kawan nak rasa semua coklat ni, suruhlah Mama tolong belikan. 

Wednesday 13 April 2011

Fun Time

Tempohari mama bawa adik jalan-jalan lagi di AEON Jusco. Mama yang janji nak bawa adik main di playground ni. Mama bawa adik sorang je sebab abang dan kakak tak mahu ikut. Adik suka sangat main kat playground ni. Kalau mama dan papa tak letih, bolehlah bawa adik main-main kat sini selalu.


I am forever Mama's baby!
Sekarang kalau pergi jalan-jalan hujung minggu selalunya adik seorang saja yang ikut. Abang dengan kakak lebih suka tinggal di rumah. Abang selalunya akan pergi ke rumah kawan abang di Taman Terendak Permai dan kakak pula akan main game di laptop mama atau chatting dengan kawan-kawan di Facebook. Adik tentunya seronok.