Wednesday, 9 March 2011

Little Mermaid

Pada 26 Februari 2011 yang lepas Mama bawa adik, kakak dan abang tidur di Hotel Equatorial Melaka. Adik rasa seronok sangat sebab dah lama Mama dan Papa tak bawa kami bercuti. Papa sibuk sekaranng ni. Papa banyak kerja jadi Mama bawa kami dulu. Kemudian baru Papa datang. Adik memang seronok lebih-lebih lagi bila dapat mandi kolam di sini.


Kalau nak tengok lebih banyak gambar lagi, masuklah ke FB Mama dalam album Waterbabies.

Baby In Boot

Cantik tak boot adik? Mama yang beli, Mama beli boot ni di Mahkota Parade. Adik suka sangat boot adik ni. 

Saturday, 5 February 2011

Hot Cooling Afternoon

Hari tu masa Paklang, Maklang dan Aimi balik kampung, kami pergi ke Taman Buaya. Kat Taman Buaya tu ada kolam. Seronok adik, kakak dan Aimi mandi kolam. Paklang pun mandi juga sebab Paklang kena jaga Aimi.

 
"Seronoknya... panas tapi tetap seronokya"

"Sukanya Aimi! Aimi comel dengan pelampung duck tu. Mama kata adik dah besar, tak boleh guna pelampung macam Aimi lagi".
"Quack... quack".

Makan-makan

25 Disember 2010 yang lepas ialah harijadi Papa. Papa bawa adik, mama dan kakak pergi makan di Pizza Hut. Nenek pun ikut sekali cuma seperti biasa abang mesti tak mahu ikut.

Adik memang suka makan di Pizza Hut. Adik paling suka mushroom soup kat situ. Sedapnya. Mama pun selalu juga buatkan adik mushroom soup kat rumah.

Berkarat dah blog adik!!!

Mama kata dah lama adik tak update blog adik ni. Banyak sangat cerita yang adik nak beritahu. Mula-mula biar adik cerita tentang Genting Highland. Papa, mama, abang, kakak dan adik pergi Genting Highland pada 30 Oktober 2010 yang lalu. Seronoknya. Macam-macam permainan yang ada di sana. Adik rasa gembira sangat.

Hari pertama adik sampai di Genting Highland.

"Sejuknya mama tapi adik rasa seronok sangat".

"Susahnya nak masukkan bola pingpong dalam mulut clown ni".

Banyak lagi gambar-gambar adik waktu di sana. Kalau nak tengok masuklah ke facebook mama. Banyak gambar kami yang mama upload di facebook mama. Nanti kalau ada peluang, adik nak ajak papa dan mama bawa adik ke sana lagi. Seronok tau!

Thursday, 7 October 2010

My 8th Birthday

5 Oktober 2010

Adik rasa seronok sangat sebab tahun ni Mama dan Papa sambut harijadi adik di McDonald. Terima kasih Mama dan Papa. Ramai yang datang ke harijadi adik. Nenek, Pakngah, Makngah, Mamasu, kakak Miesha, Mameer, Manja, kawan Mama (makcik Etah) dengan abang Haris, Papa, Mama, abang dan kakak.

my birthday muffin... nyummmmmmm

 my birthday cake... ummmmm delicious

my birthday gifts

Adik ucapkan terima kasih kepada semua. Adik suka hadiah-hadiah adik. Terima kasih Mama dan Papa sebab hadiahkan 'Baby Alive'. Adik akan jaga semua hadiah-hadiah adik ni dengan baik.

Monday, 19 July 2010

Adik & Adek

Ini ialah 'mamasu' adik. Mamasu ialah adik bongsu mama. Mama panggil mamasu 'adek' dan mama pun panggil adik, 'adik' sebab adik anak bongsu mama. Kami sama-sama anak bongsu, anak manja. Mamasu anak manja nenek dan adik anak manja mama.
"Sama tak muka mamasu dan muka adik"

"Mamasu dan adik, kami sama-sama suka bergambar"


Ada banyak lagi gambar adik dengan mamasu. Semua gambar-gambar adik dengan mamasu ada di facebook mama.