Tuesday 15 June 2010

Baby's Day Out

Pada 12 Jun 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, mama cuti. Mama bawa adik dan kakak jalan-jalan. Cuma mama, adik dan kakak saja. Mama bawa kami ke Jonker Walk dan beberapa tempat bersejarah di sekitar Bandar Hilir. Adik rasa seronok, walaupun adik letih tapi adik gembira sangat.

Banyaknya cenderamata kat kedai ni, semuanya cantik. Ishk... mana satu yang adik nak pilih ni.

"Eeee... menakutkan je patung ni"

"Mama, cepatlah. Adik panas ni".

"Cantik tak adik, sama cantik dengan bunga ni kan?"

"Alah... kakak ni malu-malu pulak"

"Mama, adik sukalah topi mama".